Wednesday, September 29, 2010

PENJELASAN TENTANG PERUBAHAN JADUAL

Assalamualaikum.

Pertamanya saya nak maklumkan kepada semua pelajar bahawa kelas Micro dan Makro di ubah ke 5 Dis 2010 kerana pihak UUM bercadang untuk memberi peluang dan ruang yang lebih kepada semua pelajar untuk membuat persediaan rancangan mengajar dan kaedah termasuk menyediakan RPH. Semua pelajar akan diwajibkan untuk membuat pembentangan di hadapan pensyarah dalam masa sekitar 20 minit seorang. Jadi pihak UUM memberi kita semua peluang menyiapkan persediaan tersebut dalam tempoh 2 minggu. Lagipun ada sedikit gangguan persediaan kita masa Raya Haji nanti (17 dan 18 Nov).

Justeru itu pihak UUM khuatir masa tak cukup memandangkan jumlah pelajar yang ramai...jadi kena tambah 2 pertemuan lagi.

Apa - apa masalah rasanya elok dibincang terus dengan penyelaras program. Bagi yang punya kesulitan silalah berhubung secara penuh hormat dengan Dr Zailani. Mudah - mudahan kita semua dapat belajar dengan aman dan damai serta penuh ukhuwwah.

Rasanya tak menjadi kesulitan di pihak pensyarah UUM kalau kita memohon untuk membuat pembentangan awal kiranya bertembung dengan apa jua perancangan kita....wallahuaalam

Saturday, September 25, 2010

KERJA KURSUS PENDIDIKAN ISLAM

1. Pilih 3 kaedah pengajran dan embelajaran dan terangkan konsep & keistimewaannya

2. Nyatakan bidang pembelajaran yang sesuai bagi setiap kaedah yang dipilih- kukuhkan dengan hujah yang konkrit
3. Kemukakan RPH yang lengkap bagi satu sesi p&p yang menggunakan 3 kaedah di atas yang akan berlangsung selama 70 minit.
4. Tajuk bagi p&p hendaklah merupakan salah satu dari senarai tajuk dalam bidang pembelajaran yang anda nyatakan di para 2 di atas dari mana-mana tingkatan.

ARAHAN;
1. Hendaklah disediakan dalm kumpulan 2-3 orang
2. Bertaip komputer font ariel 12 - langkau satu baris setengah.Bagi tulisan Jawi-guna jawi biasa
3. Sumber rujukan perlu dinyatakan
4. Rajah, jadual dan gambar hendaklah dilabelkan, dinomborkan dan dimasukkan dalam senarai kandungan
5. Segala penyataan dalam penulisan perlu dinyatakan sumber maklumatnya
6. Bahan kulit luar tugasan projek hendaklah dilengkapkan dengan maklumat berikut;
a. Nama pelajar
b. Angka giliran
c. No. Kad pengenalan
d. Kod dan matapelajaran
e. Nama pensyarah
f. Tarikh serahan

JAMUAN HARI RAYA AIDIL FITRI

Adalah dimaklumkan kepada semua rakan-rakan bahawa satu Majlis Jamuan Hari Raya akan diadakan seperti berikut;


Tarikh : 2 Okt. 2010
Hari : Sabtu
Tempat : Universiti Tun Abd. Razak (tingkat 4)
Jam : 12 tengahari
Sumbangan : RM 10.00... boleh dibuat melalui wakil pelajar mengikut Opsyen;
1. Pendidikan Islam : Ustz. Normadati
2. B. Inggeris : Pn. Azlina
3. B. Melayu : Pn. Norhafiza (Jaja)
4. Matematik : Jaw

Rakan-rakan yang ingin menyumbang kuih muih bolehlah bawa pada hari tersebut.

"SEMOGA UKHUWWAH KEKAL ABADI"

PERUBAHAN JADUAL WAKTU SGDK 4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO

Berikut adalah jadual baru SGDK 4042 Pengajaran Mikro dan Makro kerana jadual lama bertembung dengan cuti Hari Raya Haji.


1. Jumaat 05 Nov. 2010
2. Jumaat 26 Nov. 2010
3. Sabtu 27 Nov. 2010
4. Jumaat 03 Dis. 2010
5. Sabtu 04 Dis. 2010
6. Jumaat 10 Dis. 2010
7. Sabtu 11 Dis. 2010

Jam : 08.00 pagi hingga 04.30 petang

Thursday, September 23, 2010

JAMUAN MAKAN PRA GRADUASI DAN MAJLIS PERPISAHAN

Satu majlis makan tengahari bersama pensyarah-pensyarah UUM, PGSABK dan YIK akan diadakan pada 22 Januari 2011 nanti sebelum praktikum.

Semua pelajar dijemput untuk menyertai majlis perpisahan dan makan malam pra graduasi ini.

Cadangan awal;
(bagaimanapun cadangan anda adalah di alu-alukan);
1.Bayaran Makan Tengahari : Ditaja oleh UUM
2.Sumbangan Pelajar : RM 10.00 sahaja
(cenderahati kenangan untuk semua pelajar dan tetamu)
3.Tempat : Hotel yang ada Sijil Halal JAKIM

4. Tarikh cadangan : 22 Januari 2010 (tertakluk kepada Jadual Kehadiran Penyeliaan Praktikum oleh pensyarah UUM)
5.Hari : Sabtu

Kutipan bayaran akan dibuat mulai 24 Sept 2010

Sekian, terima kasih.

MAKLUMAN PENTING

CUTI BELAJAR

Prosedur cuti belajar;
1. Ambil borang permohonan cuti belajar melalui pejabat sekolah atau YIK.
2. Sertakan salinan surat tawaran dari UUM
3. Serahkan ke Pejabat Sekolah
4.Isi borang cuti tanpa rekod
5.Sertakan jadual waktu kuliah
6.Hantar ke Pejabat Sekolah

Nota;
Cuti dibenarkan selama 15 hari setahun.

WAKTU KULIAH
Kuliah akan bermula pada 24 September 2010.
Waktu kuliah mulai jam 8 pagi hingga 4.30 petang

Saturday, September 11, 2010

AMARAN AKHIR

Assalamualaikum teman-teman seperjuangan sekalian.

Mohon kerjasama kepada semua pelajar yang mana no matriknya tertera di bawah supaya menghubungi / menghantar assignment kepada tuan Hj Alis Bin Puteh dengan SEGERA;

202081, 202083, 202205, 202217, 202221, 202227, 202233, 202254, 202255.

Sekian, terima kasih.