Monday, March 29, 2010

PENGELUARAN WANG KWSP

Saya telah mendapat lampu hijau dari pihak persatuan bahawa wang KWSP boleh dikeluarkan mulai petang ini. (29 Mac 2010).

Harap maklum.

Sunday, March 28, 2010

KONVOKESYEN UUM KALI KE 23

Assalamualaium.

Pertamanya ucapan terima kasih kepada En Nan yang menjadi orang pertama mengucapkan Tahniah kepada saya semasa konvo 27 Mac 2010 semalam.

Saya juga nak minta maaf kepada rakan-rakan semua yang mengajukan pelbagai persoalan tentang masalah kwsp dan lain - lain hingga tak terjawab....sebab saya baru balik dari UUM hari ni.

Insya Allah segala kesulitan kalian akan saya selesaikan sebaik mungkin bersama Abe Lu dan Kak Lu yang lain.

Jejak No. Matrik

SEGERA

Salam,

Mohon bantuan untuk mengesan rakan anda yang tidak mencatat no. matrik dalam blog mereka. Nama mereka juga TIDAK DAPAT dikesan dalam senarai kohot 2.


1. Blog betajuk "Dip Yik" dan nama blogger din5556.



2. Nama blogger qeenmtsna dalam blog bertajuk "Mutiara Eqeen"



3. Blog "Bersama Selamanya.........." dan blogger bernama hanya Shahida.



Ini rakan-rakan beliau.


Sila SMS No Matrik anda SEGERA. Hingga 30 Mac sahaja.

Sunday, March 21, 2010

JADUAL PENGAJIAN

1. SGDT 4013 - TEKNOLOGI & INOVASI DALAM PENDIDIKAN
(Prof. Madya Dr. Ahmad Jelani B. Shaari)

JUMAAT : Mulai Jam 8 Pagi - 12 Tengahari dan 3 Ptg. - 5 Ptg.

2. SGDE 4013 - PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN
(Dr. Mohd Isha B. Awang)
SABTU : Mulai Jam 8 Pagi - 12 Tengahari dan 2 ptg. -4 Ptg.

Thursday, March 18, 2010

Keputusan Peperiksaan Akhir

TERKINI

Salam,

Sukacitanya dimaklumkan bahawa portal UUM telah boleh diakses mulai petang ini (Khamis:18.3.2010).

Sila login ke portal berkenaan untuk mendapatkan keputusan peperiksaan akhir anda bagi pengajian semester 1 : pertemuan pertama.


Sekian.

Hasnan Hassan

PERINGATAN PERJUMPAAN PELAJAR DPLI

Assalamualaikum WBTH.

Salam ingatan buat teman-teman seperjuangan.

Dikesempatan ini saya ingin memaklumkan sekali lagi bahawa satu perjumpaan penting anjuran Persatuan Guru-guru Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Kelantan (PGSABK) akan diadakan seperti berikut;

Hari : Sabtu
Tarikh : 20 Mac 2010
Masa: 9 pagi
Tempat: Kompleks Purnama

Kehadiran adalah WAJIB

Sekian, wassalam.

-efendy

Pengendalian Blog 'myclass'

Salam,

Sukacitanya dimaklumkan bahawa blog 'myclassyik' akan mula dikendalikan oleh Ustaz Mohd Effendy selaku Penghulu DPYIK kohot 2 dengan serta merta.

Semua pos/berita yang dikeluarkan oleh Ustaz Effendy akan menggunakan nama Penghulu.

Blog ini akan saya kendalikan semula apabila anda semua menjalani Rancangan Latihan Mengajar (RLM) di akhir kursus Diploma Pendidikan ini nanti.

Semoga semua anda menperolehi kejayaan yang cemerlang.

Akhir kata :

Kalau ada sumur di ladang.
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur ku panjang,
Boleh kita bertemu lagi.

Sekian.

Keputusan Peperiksaan Akhir (Pertemuan Pertama)

Salam,

Sukacitanya dimaklumkan bahawa keputusan peperiksaan untuk kursus-kursus yang telah diambil pada pertemuan pertama telah dikeluarkan.

Keputusan anda semua boleh dicapai melalui portal UUM. Walau bagaimanapun, keputusan peperiksaan ini hanya boleh dicapai mulai hari Isnin 22 Mac 2010.

Ini adalah disebabkan, pihak Pusta Komputer UUM sedang membuat dalam proses mengubah suai 'setting' portal anda semua.

Sila maklumkan kepada saya sekiranya anda masih menghadapi masalah mengakses portal mulai tarikh yang tersebut diatas.

Sekian.

Ujian

'Traffic test' untuk penyerahan kepada Penghulu kohot 2 YIK.

Ustaz Effendi - sila maklumkan jika ada sebarang masalah berkaiatan pengendalian blog ini.

Saturday, March 13, 2010

Penangguhan Penutupan Blog "myclassyik'

Assalammualaikum WMT,


Setelah membaca komen daripada anda semua maka blog 'myclassyik.blogspot.com' ini akan terus beroperasi hingga ..........................

Sokongan dan sambutan anda semua terhadap blog 'myclassyik' terutama pada minggu ini sangat mengakumkan.

Untuk makluman anda semua, blog ini akan ditadbir urus sepenuhnya oleh Penghulu kohort 2 iaitu Ustaz Mohd Efendi mulai 1 April 2010.

Saya akan mula mengambil alih semula blog ini apabila anda semua menjalani Rancangan Latihan Mengajar (RLM) nanti.

Pada masa itu nanti, anda akan menjalani Latihan Mengajar di sekolah anda bertugas sekarang ini, iaitu di seluruh negeri Kelantan dan keperluan untuk mendapatkan maklumat daripada rakan-rakan dan juga pensyarah adalah penting.

Saya berharap agar penggunaan blog ini menjadi suatu budaya di antara rakan kohot dan juga bersedia serta mahir untuk penggunaan sepenuhnya semasa RLM nanti.

Akhir kata, saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama anda semua sepanjang kuliah yang saya kendalikan.

Sekian.


* tarikh akhir laporan blog : malam ini 11.59.59 (13.3.2010)

Peringatan : Laporan Blog

Salam ,


Sila hantar laporan blog anda ke e-mel saya di nanz1184@gmail.com

Setakat jam 12.00 tengahari ini, masih ada lagi yang belum berbuat demikian.

Untuk makluman anda, tarikh akhir untuk menghantar laporan ini ialah pada 13 Mac 2010 pada atau sebelum 11.59.59 malam.

Bagi yang telah menghantar laporan tersebut, semak dalam folder "SENT' di gmail anda. Kalau ada maka bermakna ia telah dihantar kepada saya,

Sekian, harap maklum.

Thursday, March 11, 2010

Selamat bercuti

Salam,

Selamat cuti sekolah dan juga cuti semester.
kepada semua.


Solat Istisqa' di Kota Bharu.

Pengumuman:

Solat Sunat Istisqa' (Mohon Hujan) di Kota Bharu

Tarikh : 12/3/2010 (Jumaat)
Jam : 8,00 pagi
Tempat : Padang Perdana, Kota Bharu.

Mslimin dan Muslimat dijemput hadir beramai-ramai


Sumber : blog khalidsamad.com

Tuesday, March 9, 2010

Taklimat Khas

TERKINI

Dimaklumkan bahawa satu taklimat khas untuk pelajar Kohot 2 Diploma Pendidikan UUM akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 20 Mac 2010
Hari : Sabtu
Jam : 9.00 pagi
Tempat : Kompleks PURNAMA

Taklmat ini akan dikendalkanoleh pihak Persatuan Guru- Guru Agama Sekolah Bantuan Kerajaan (PGASBK)

Mohon kerjasama semua pelajar untuk menghadiri pertemuan tersebut.

Sekian, terima kasih.

(Sumber : Blog Ustaz Mohd. Efendy - http://dpyik.blogspot.com)

Saturday, March 6, 2010

Sembang Corner 9

Salam,
Jika saudara/saudari ada apa-apa yang mahu dikongsikan bersama, sila kemukakan di ruang 'Sembang Corner 9' ini.


Untuk makluman, ini adalah sembang corner terakhir sebelum blog ini ditutup pada 13 Mac 2010.



Perubahan Tarikh Mula Semester 2

Salam,

Sila ambil maklum bahawa tarikh permulaan kuliah untuk semester akan datang telah berubah kepada 2hb April 2010.

Untuk maklumat lanjut, sila layari blog Penghulu kohot 2 iaitu Ustaz Efendy.

Sekian.

Thursday, March 4, 2010

Notis Penutupan Blog 'myclassyik'

Salam,

Sila ambil perhatian bahawa blog 'myclassyik.blogspot.com' akan DITUTUP pada 13 Mac 2010 (jam 11.59.59 pm).

Mulai tarikh itu anda semua TIDAK lagi dapat mengakses blog ini.

Sekiranya anda bercadang untuk 'save' foto yang ada di blog ini, sila klik butang kanan mouse - save as - pilih desktop, mydocument dan lain-lain.

Sekian

Kemaskini Tugasan : Peringatan Terakhir

PENTING.

Salam,

Sila pastikan anda telah mengemaskini tugasan-tugasan yang sepatutnya.

1. Blog
Foto dan nama, upload buletin, rekod blog (hantar menggunakan e-mel) dan lain-lain.

2. Ms Publisher dan Ms Access
Sila poskan hardcopy (bercetak) sekiranya anda belum hantar lagi.

Untuk tugasan dan pertanyaan berkaitan tugasan, sila gunakan e-mel : nanz1184@gmail.com SAHAJA.

Lain-lain urusan anda boleh guna : nan1184@uum.edu.my

Sekian

Jadual Semester Baru Kohot 2

Salam,

Sila ambil maklum bahawa kuliah untuk semester baru ialah :

Tarikh Mula : 26 Mac 2010
Tempat : DK 6, USM Kubang Kerian
Kursus : SGDT 4013 : Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan &
SGDE 4013 : Pentaksiran Pembelajaran

(Sumber : Penyelaras Program Diploma Pendidikan)

Monday, March 1, 2010

Senario Semasa Final

Salam,

Koleksi foto semasa final.

Tonton Jangan Tak Tonton

Salam,

Jom kita berhibur setelah penat menghadapi exam.



Sembang Corner 8

Salam,

Sila gunakan ruang 'Sembang Corner 8' ini untuk berkongsi pertanyaan/pendapat anda.











.
Koleksi foto semasa final

Selamat Bercuti

Salam,

Selamat bercuti kepada semua pelajar DP YIK kohot 2.














Koleksi foto semasa final

Alamat Pos

Salam,

Sila gunakan alamat di bawah untuk urusan pos.

HASNAN HASSAN,
Bahagian Pendidikan,
Bangunan Sains Kognitif & Pendidikan,
CAS, Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok,
Kedah Darulaman.















Koleksi foto semasa final