Wednesday, February 24, 2010

Peperiksaan Akhir

Kepada Semua Pelajar Diploma Pendidikan (YIK kohort 2)


"Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir"

"Semoga Berjaya Dengan Cemerlang
"

Tuesday, February 23, 2010

Ruang KOMEN Telah BERFUNGSI Semula

Salam,

Ruang 'komen' dalam blog 'myclassyik' telah beroperasi semula.

Masalah teknikal ini telah boleh diatasi dan saudara/saudari dialu-alukan untuk menyertai apa jua sembang-sembang blog ini di minggu penghujung blog ini akan beroperasi.

Untuk makluman, cara untuk pos komen ini lain dari cara dahulu, pastikan anda mencuba. Bila 'security message' terpapar, sila klik "NO". Ia memakan masa (2/3 saat) untuk komen itu dipaparkan. Klik 'refresh - ikon disebelah URL.

Selamat menduduki peperiksaan akhir.

Sekian.

Saturday, February 20, 2010

Jadual Peperiksaan Akhir

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN AKHIR DIPLOMA PENDIDIKAN AMBILAN KE2

YAYASAN ISLAM KELANTAN SEMESTER PERTAMA PERTEMUAN KEDUA SESI 2009/2010

UUM KOLEJ SASTERA DAN SAINS

TEMPAT: KOTA BAHRU, KELANTAN

TARIKH

MASA

KOD

NAMA KURSUS

BIL

NAMA PENGAWAS

26 Februari 2009 (Jumaat)

9.00 – 11.30 pagi

SGDC1023

Sains Pengajaran dan Pembelajaran

210

Prof. Madya Dr. Mohd. Izam Ghazali


2.30 – 5.00 ptg.

SGDU2033

Pengurusan Bilik Darjah

210

En. Ramly Mohd. Ali

27 Februari 2009 (Sabtu)

9.00 – 11.30 pagi

SGDT3023

Teknologi Maklumat dalam Pendidikan

210

En. Hasnan Hassan


JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN AKHIR DIPLOMA PENDIDIKAN

AMBILAN PERTAMA

TARIKH

MASA

KOD

NAMA KURSUS

BIL

NAMA PENGAWAS

26 Februari 2009
(Jumaat)

9.00 – 11.30 pagi

SGDT4013

Teknologi dan Inovasi dalam Penidikan

205

En. Ghazali Hamid



Thursday, February 18, 2010

Ganguan Teknikal - blog 'myclassyik'

Salam,

Dukacitanya dimaklumkan bahawa buat masa ini anda semua tidak dapat menghantar/mengepos komen di blog 'myclassyik'. Keadaan seperti ini juga telah berlaku kepada blog rakan-rakan kita tempoh hari.

Sehingga kemudahan untuk pos komen ini pulih, anda boleh menghantar mesej (ringkas) melalui saluran 'blog chat' yang disediakan di 'myclassyik' ini.

Semoga gangguan ini bersifat sementara.

Hasnan Hassan

Al Quran di Internet

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam,

We all listen to the Quran but didn't understand the meaning because it's in Arabic language.

Below mentioned is an amazing website for the Holy Quran. Just put the mouse on any line and you will find the translation of that line or you can click the translation in the top of the page in the left corner for the entire Surah. In the left side for this website you can choose Surah (from all 114 Surah).

Moreover you can choose any Aayah, can search by the page number and also you can select the Qari whose recitation you want to listen …

I hope you will like it ...

Please circulate for public benefit. Jazak ALLAH Khair.

Thanks and best regards,

URL : http://tanzil.info/

Sembang Corner 7

Salam,

Sila berkongsi maklumat atau mengemukakan sebarang pertanyaan di ruang 'Sembang Corner 7' untuk tempoh sepanjang minggu ini.

Monday, February 15, 2010

Blog Poll

Salam,

Sila tandakan 'Blog Poll' (pendapat) anda di ruangan sebelah kanan blog 'myclassyik'








Koleksi foto dari lensa JAW

Tugasan - Peringatan 2

Salam,

Sila ambil maklum bahawa tugasan Ms Publisher dan Ms Access akan dipungut pada hari Sabtu minggu ini bersamaan 20hb Februari 2010.

Ms Publisher
1. Hard copy dicetak berwarna dan dikelip 1 (satu sahaja) dipenjuru atas sebelah kiri.
2. Soft copy dihantar kepada ketua kumpulan (sesiapa yg bertanggung-jawab) dan diburn dalam satu (1) CD untuk kumpulan berkenaan sahaja.
3. Nama fail : No. matrik_Nama (contoh : 123456_Alimudeen)

Ms Access
1. Hard copy dicetak dalam format PDF.
2. Pastikan ada 'cover page'
3. Kelip 1 (satu sahaja) di penjuru atas sebelah kiri.
4. Soft copy dalam format PDF dihantar kepada ketua kumpulan dan diburn dalam 1 (satu) CD untuk kumpulan berkenaan sahaja.
5. Fail : No. matrik_Nama (contoh : 123456_Alimudeen)























Foto dari koleksi lensa JAW

Sunday, February 14, 2010

Blog - Peringatan 1

Salam,

Sila pastikan blog anda ada tertera maklumat asas:
1. Foto anda
2. Nama
3. No Matrik
4. My blog list (5 shj - anda komen artikel dlm blog list ini)
5. 1 artikel untuk dikomen

Lain-lain perkara adalah terpulang kepada kreativiti anda semua.














Foto dari Koleksi lensa JAW

Saturday, February 13, 2010

Coconut Village 1

Salam,

Kelas di Coconut Village.
Ribuan terima kasih kepada sdr JAW yang telah sudi berkongsi foto dengan kita semua.








Wednesday, February 10, 2010

Pembentangan Tugasan/Projek

Salam,

Sila ambil maklum bahawa pembentangan tugasan Ms Access, Ms Publisher dan juga Blog akan diadakan pada minggu ini dan minggu depan.

Setiap kumpulan mesti menyediakan dua (2) pembentang untuk setiap tugasan. Saya menyerahkan pemilihan calon pembentang (bernasib baik) mengikuti muafakat dan kebijaksanaan anda dalam kumpulan berkenaan.

Kumpulan yang dimaksudkan ialah kumpulan dimana anda menulis nama untuk menyalin sofcopy ke CD. Setiap kumpulan mempunyai lebih kurang 20 pelajar.

Semua pelajar mesti bersedia kerana saya juga akan memilih calon secara rawak untuk pembentangan ini. (yang mana tidak terpilih oleh kumpulan)

Sekian.

Sembang Corner 6

Salam,

Sila kongsikan maklumat atau kemukakan sebarang pertanyaan di ruang 'Sembang Corner 6 ' untuk sepanjang minggu ini.

Sekian.

Monday, February 8, 2010

Kemaskini Blog Anda

Salam,

Saya telah melawat secara rambang blog anda semua. Secara amnya, saya amat berpuas hati dengan hasil kerja anda semua. Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dan tindakan yang segera perlu dilakukan.

Antara perkara-perkara yang perlu diambil perhatian :

1. Di ruang 'follower" masih ada yang belum meletakkan foto anda. (foto template shj)
2. Tukar foto anda di ruang 'follower' seandainya foto itu tidak sesuai.
3. Di ruang 'my profile', pastikan ada foto, nama penuh, no. matrik.
4. Di ruang 'my blog list', pastikan ada HANYA lima (5) blog rakan anda.
5. SATU URL artikel (warna biru).
Jika lebih pastikan anda TANDAKAN artikel yang perlu dikomen.
6. Ringkasan artikel.
7. Lain-lain rencana/berita/artikel yang bersesuai dengan tema blog anda.
8. Lain hiasan/elemen untuk markah kreativiti.
Terpulang kepada pilihan/kemahiran anda.

Sunday, February 7, 2010

Perubahan Tempat Kuliah - COCONUT VILLAGE

Salam,

Sukacitanya dimaklumkan bahawa kuliah kita pada minggu-minggu akan datang akan di adakan di COCONUT VILLAGE, Pantai Cahaya Bulan.

Masa semua kuliah adalah tidak berubah.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Ustaz Effendy selaku Penghulu kohort anda.

Sekian.

Friday, February 5, 2010

Tahniah Ustaz Efendy

Assalamualaikum,

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 'tahniah' kepada Penghulu DPYIK kohort 2 iaitu Ustaz Efendi kerana baru sahaja menimbang cahaya mata yang baru.

Alhamdullillah - bertambah seorang lagi ahli keluarga.

Wednesday, February 3, 2010

Blog Bulan Januari

Salam,

Jika anda mahu membaca kembali catatan/komen yang disiarkan pada bulan Januari, sila klik 'blog archive' - pilih arkib untuk bulan Januari. (terletak sebelah kanan ruang blog 'myclassyik.blogspot.com').

Sekian.

Sembang Corner 5

Salam,

Sila gunakan ruang 'Sembang Corner 5' untuk sama-sama berkongsi maklumat atau mengemukakan soalan/pandangan pada minggu ini.

Sekian.

Perubahan Waktu Kuliah ICT dalam Pendidikan

Salam,

Sukacitanya dimaklumkan bahawa waktu kuliah kursus ICT dalam Pendidikan pada minggu ini ialah pada jam 2.00 hingga 5.00 petang Jumaat (12.2.2010) dan pagi Sabtu (13.2.2010) jam 8.30 pagi hingga 11.00 pagi.

Kuliah yang dikendalikan oleh En Ramly pula akan dijalankan pada hari Sabtu dari jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang.

Sekian, harap maklum.