Wednesday, September 29, 2010

PENJELASAN TENTANG PERUBAHAN JADUAL

Assalamualaikum.

Pertamanya saya nak maklumkan kepada semua pelajar bahawa kelas Micro dan Makro di ubah ke 5 Dis 2010 kerana pihak UUM bercadang untuk memberi peluang dan ruang yang lebih kepada semua pelajar untuk membuat persediaan rancangan mengajar dan kaedah termasuk menyediakan RPH. Semua pelajar akan diwajibkan untuk membuat pembentangan di hadapan pensyarah dalam masa sekitar 20 minit seorang. Jadi pihak UUM memberi kita semua peluang menyiapkan persediaan tersebut dalam tempoh 2 minggu. Lagipun ada sedikit gangguan persediaan kita masa Raya Haji nanti (17 dan 18 Nov).

Justeru itu pihak UUM khuatir masa tak cukup memandangkan jumlah pelajar yang ramai...jadi kena tambah 2 pertemuan lagi.

Apa - apa masalah rasanya elok dibincang terus dengan penyelaras program. Bagi yang punya kesulitan silalah berhubung secara penuh hormat dengan Dr Zailani. Mudah - mudahan kita semua dapat belajar dengan aman dan damai serta penuh ukhuwwah.

Rasanya tak menjadi kesulitan di pihak pensyarah UUM kalau kita memohon untuk membuat pembentangan awal kiranya bertembung dengan apa jua perancangan kita....wallahuaalam

5 comments:

afifi lubis said...

kemah keming tok ngulu kito

Muhamad Abdul Rahman 202110 said...

bagi yg telah buat perancangan...anggaplah ianya mempunyai hikmah disebaliknya...dengan termashurnya AL-SULTAN baru, insyaAllah ada rezeki lebih baik menanti kita...amin.
Bersabarlah...

kepada pengantin2 baru dan bakal berkahwin...semoga bahagia dunia akhirat...jadikan ini sebagai satu ujian untuk mengeratkan lagi kasih sayang antara zauji dan zaujah.

Noor Laila Kasmawati bt. Muhammad Zain said...

askm...

dari soal jadual, saya tiada apa-apa komen...saya ikut je...yang nak dikomen sedikit adalah masalah AIR di unitar....tgh jumaat lepas tiba2 tak dok air...so kami kaum perempuan terpaksalah keluar mencari air untuk solat...hari sabtu sama gak...bila tgh air pun tak dok...rasa2nya kalau tok ngulu bwk bincang hal air ni molek gak...biar bekalan air cukup untuk kegunaan kita semua....

Mohd efendy Bin Hj.Daud said...

Salam sayang untuk semua...
Masalah air di Unitar tu dah saya panjangkan minggu lepas lagi...puncanya tekanan air kelantan yang disalur ke unitar lemah.....

pihak unitar tak ada sumber lain .... hanya air kelantan.

zulhabrina said...

bagus jgak dpt ms pjg nk wat preparation....anyway thanx..