Sunday, June 6, 2010

Cetusan Peribadi Sahabat (Kohot 2)

Salam,

Salah seorang rakan kohot anda mahu berkongsi nukilannya bersama kita semua.


Al - Kisah
Tersebut kisah di satu kampung yang damai, tinggal satu komuniti ternakan yang harmoni dan hidup saling bergantungan. Ada yang berkaki empat, kaki dua, berekor dan terbang, mereka dimiliki oleh seorang Raja yang penyayang. Kehidupan mereka sentiasa sibuk dengan pelbagai urusan masing2, walau bagaimanapun masih sempat bertegur sapa.

Maka pada suatu masa, telah tercetus satu isu yang hangat dalam komuniti tersebut apabila Raja tersebut telah memutuskan untuk menghantar semua ternakan mengikuti latihan khas untuk menjadi ternakan2 yang bermutu........
Namun akibat semua ternakan telah mempunyai urusan masing2 yg telah dirancang, Raja itu terpaksa mencari waktu sesuai utk membawa kesemuanya.

Berpunca dari situ...beberapa ternakan yg tidak berpuas hati telah melakukan protes dengan cara meletakkan sepanduk2 dgn ayat2 'cinta' masing2 di sepanjang jalan. Ada yang lakukan secara bersemuka, tak kurang juga yang letak sembunyi2.

Di dalam suasana kalut itu, tiba-tiba satu ternakan iaitu Itik telah dengan penuh sengaja dan selamba...meletakkan satu sepanduk betul-betul pada pintu rumah Ayam.
Kejadian itu telah disedari oleh si Ayam, dan akibat hanya rumah si Ayam sahaja sepanduk itu diletakkan, maka menyebabkan si Ayam marah dan menegur si Itik, tetapi si Itik buat2 tak tahu je. Peristiwa itu turut sama sempat dilihat oleh beberapa jiran si Ayam...keadaan bertambah 'panas' apabila si Itik langsung tidak mahu mohon maaf dan berlagak seolah2 tiada apa yg berlaku.

Walaupun begitu, mungkin kerana sedar dah buat silap...si Itik terus membuang sepanduk itu tanpa memberitahu apa2 pada si Ayam. Ini menyebabkan si Ayam bertambah2 geram...lantas meletakkan sepanduk di jalan meminta si Itik meminta maaf. Rakan2 si Ayam tertanya2 apakah sebenarnya yg telah terjadi di antara Ayam dan Itik.
Tetapi...si Itik dengan sifat keitikannya masih tidak mahu meminta maaf.
sekian.

PERSOALAN
1. Wajar atau tidak si Ayam menegur sikap si Itik dan memintanya mohon maaf?
2. Mengapakah si Itik tidak mahu meminta maaf dengan si Ayam sedangkan ia tahu telah membuat salah?
3. Pada pandangan anda, apakah yang sepatutnya dilakukan oleh si Itik atau si Ayam.
4. Adakah perbuatan Itik dan ternakan yg 'bersembunyi' dianggap kurang baik?
5. Apakah tindakan sewajarnya yang perlu dilakukan para ternakan untuk memberitahu sesuatu kepada Raja.

Cetusan peribadi penulis...
Diploma Pendidikan YIK - UUM Kohort 2

9 comments:

Muhamad Abdul Rahman 202110 said...

assalamualaikum

satu nukilan yg menarik, mcm pernah dengar je.

jawapan bg persoalan,
1.tindakan ayam wajar kerana ia telah menjadi mangsa keadaan dan berhak tahu kenapa hanya ia sahaja yg 'terkena'.

2.itik mungkin ketakutan setelah tahu tersilap langkah, tetapi ia tidak patut berdiam diri kerana ini akan menjurus kepada prasangka yg tidak baik.

3.ayam atau itik perlu berjumpa utk selesaikan segala masalah yg timbul dan itik perlu sedia mengakui kesilapan dan minta maaf.

4.sememangnya perbuatan itik dan yg 'bersembunyi' tidak patut sama sekali dilakukan kerana ia akan menimbulkan 'kemarahan' kpd ternakan2 lain serta boleh menguris hati Raja sendiri.

5.raja seorang penyayang, maka gunakan kelebihan itu utk berbincang dengan baik.

Anonymous said...

salam...saya setuju..tindakan itik yang tak mintak maaf dgn ayam tu tindakan yang kurang baik...tapi, tindakan ayam yang berterusan memaksa itik meminta maaf lagi TAK PATUT..sebab itik dah buang sepanduk tu awal2...tindakan ayam menyebabkan keseluruhan fauna di habitat tu yang xtau menahu tentang sepanduk itik,jd pening. klu dr awal ayam dok senyap2 & xmembelasah itik...slesai masalah..xde unggas lain tahu..kesimpulannya...

1-AYAM PATUT MECONTOHI TINDAKAN ITIK MEMBUANG SEPANDUKNYA-(...sebelum serigala,kuda dan harimau masuk campur...ntahlah..takut2 ayam je yg ada autoriti u bue @ letak sepanduk...kot
2-Setiap unggas ada maruah. so semua kena gn perikeunggasan masing2 dalam bertindak supaya xmenjatuhkan maruah rakan seunggas.( imbas balik hadis yg dibaca oleh sahabat kita (kuda)masa kuliah subuh terakhir di BIG..
3-Saya tahu ada rakan seunggas yg masih tak puah hati..tp trylah bersabar.."..ore paling berani ialah ore yg mampu bersabar ketika marah.." -mafhum hadis..

4-Perselisihan antara itik ayam ni sepatutnya bleh slesai dale masa 1hr..tp msh ade unggas yang memperpanjangkannya...MALU LA KO RAJA RIMBA..NOK SUSUK MUKO MMANO

SIIRU ALA BAARAKATILLAH..(FULL STOP).

Muhamad Abdul Rahman 202110 said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

salam ...... berkali-kali di umumkan bahawa jangan guna "anonymous" tapi tulisan ini macam mana?

katanya 'cetusan peribadi penulis DP YIK kohot 2'. Mana nama penulis??? Kohot 2 ada 200 orang lebih pelajar, INI TULISAN SIAPA?

Muhamad Abdul Rahman 202110 said...

waalaikumsalam...

ada gak ye spesis yang salah dan marahkan diri sendiri...

ntah2 anonymous sendiri yg tulih kot...taktik cover line marahkan orang lain.

sama gak mcm ore kentut...terus salahkan ore lain.

sedih betui ye...:(

masalah itik dan ayam bleh selesai dlm 1 SAAT je...hanya dengan ungkapan MAAF.

konochiwa...bahasa korea daa

ucapan simpati buat group HAFIZAH, jadikan ia sbg motivasi utk buat pembentangan yg lebih baik lagi...

Anonymous said...

salam.....

Kalau semua setuju, kita semua minta Penghulu atau kita minta En Hasnan tolong berikan siapa punya tulisan yang bertajuk " Al-Kisah".

Baiklah mengaku .... siapa punya tulisan.

Maaf tau tak maaf itu hal mereka.
Biar sahaja mereka berdamai. Yang lain jangan jadi TUKANG SIBUK.

Muhamad Abdul Rahman 202110 said...

tenang...tenang,

mungkin semua tgh tension dgn tugasan2,

kenapa tidak kito pakat2 kongsi ide bagaimana nak wak assingment...tp jangan sapa tiru plak.

semua ore ado masaaloh...dan setiap masaaloh ado jale selesai.

secara peribadi saya lebih suko kalo en Hasnan bg tau siapa selalu guna anoknyamok=anonymous

Muhamad Abdul Rahman 202110 said...

assalamualaikum...

selamat pagi.

Muhamad Abdul Rahman 202110 said...

selamat berbuko puaso