Saturday, March 13, 2010

Penangguhan Penutupan Blog "myclassyik'

Assalammualaikum WMT,


Setelah membaca komen daripada anda semua maka blog 'myclassyik.blogspot.com' ini akan terus beroperasi hingga ..........................

Sokongan dan sambutan anda semua terhadap blog 'myclassyik' terutama pada minggu ini sangat mengakumkan.

Untuk makluman anda semua, blog ini akan ditadbir urus sepenuhnya oleh Penghulu kohort 2 iaitu Ustaz Mohd Efendi mulai 1 April 2010.

Saya akan mula mengambil alih semula blog ini apabila anda semua menjalani Rancangan Latihan Mengajar (RLM) nanti.

Pada masa itu nanti, anda akan menjalani Latihan Mengajar di sekolah anda bertugas sekarang ini, iaitu di seluruh negeri Kelantan dan keperluan untuk mendapatkan maklumat daripada rakan-rakan dan juga pensyarah adalah penting.

Saya berharap agar penggunaan blog ini menjadi suatu budaya di antara rakan kohot dan juga bersedia serta mahir untuk penggunaan sepenuhnya semasa RLM nanti.

Akhir kata, saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama anda semua sepanjang kuliah yang saya kendalikan.

Sekian.


* tarikh akhir laporan blog : malam ini 11.59.59 (13.3.2010)

21 comments:

Norzaimah Binti Semsudin said...

Fuhhh!lega blog myclassyik dteruskan...Memang baik untuk RLM nanti...Terima kasih en nan...Nanti en nan ke observe kami?

norlida ibrahim (202150) said...

terima kasih en.nan....saya harap blog ni akan mengeratkan lagi hubungan diantara rakan kohort 2...terima kasih juga diatas keprihatinan en. nan terhadap kami semua....

babasayyidah said...

Thank you en.nan tentang penangguhan penutupan blog my class yik semoga kita dapat berhubung lagi.selamat maju jaya.

Rafikah Abdul Rahman said...

wah..asyik2 brite baik jer semenjak dua menjak nie...akhirnya en.Nan mengalah dgn kami dgn meneruskan blog terhangat di pasaran nie...baik utk en.Nan maka baiklah utk kami..thanks!

aisya2010@gmail.com said...

terima kasih en.nan keran memahami keperluan kami yang bersemangat memblog ini....moga dgn penerusan perjalanan blog myclassyik ini mampu memberi impak positif berpanjangan antara dua hala....thanks sifu...jasamu dikenang...

cherahmah73 said...

Alhamdulillah.....
Thanks en Nan, moga segalanya sentiasa dipermudahkan dan diberkati Allah.

H. Hasnan said...

cherahmah73,

Laporan blog dah boleh buat!

siti norfadelah said...

Alhamdulillah..termakbul juga doa kekawan.Trima kasih atas keprihatinan En.Nan

edayie said...

alhamdulillah

rosmawatizakaria said...

terima kasih di atas penangguhan blog..ni.semoga kita dapat menggunakannya dengan sebaik mungkin...

nor asima said...

Alhamdulillah. TQ

cherahmah73 said...

Salam en Nan,
Laporan blog dah hantar tadi.Sampai ke tak? kalau tak sampai mesti ada something wrong ni.

Mohd efendy Bin Hj.Daud said...

Alhamdulillah...my class dpyik...terus bernafas...saya lambat masuk komen ni sebab baru balik dari Kuala Koh(Taman Negara) untuk program dakwah dengan orang asli kaum Batik.

Saya harap blog ini bukan ditangguh...tapi terus berfungsi selamanya bawah En nan...sebagai tanda ukhuwwah antara kita....

Che Khairuleffendi bin Che Kamaruzaman said...

salam untuk semua.

ucapan terima kasih kepada En. Hasnan atas tunjuk ajar yang telah diberikan. terima kasih banyak2 kerana sabar mengajar kami terutamanya saya yang masih baru dalam dunia ICT.

semoga en. Hasnan akan berjaya dalam setiap bidang yang ditempuhi.

syukran.

faizahanim said...

alhamdulillah..thanks en nan...disinila tempat utk mendapat info terkini utk kami kohot2

hafizah said...

Oh..tak jadi tutup ke? bagus2! blog ni blh jadi medan info kohort 2 ni.

wafa' said...

alhamdulillah...brite gembira.sronok kohot 2 mendengarnya..semoga kita-kita boleh terus melayari blog tersohor masakini. Terima kasih en.nan...

SHARIFAH CHE HASSAN said...

utz effendi...salam...ana nak mintak tolong sikit ni...saya bercadang untuk wujudkan blog maklumat berpusat:maksudnya di satu blog(selain myclkassyik) diambil/dihantar info supaya mudah.saya dah ada beberapa wakil kawasan dan memerlukan wakil kawasan berikut:tumpat,tanah merah,gua musang dan pcb.tlg hantar url@gmail addr...syukran

Mohd efendy Bin Hj.Daud said...

Saya minta kepada teman teman yang berada di tumpat,tanah merah,gua musang dan pcb.tlg hantar url@gmail addr...kepada syarifah che hassan dengan segera..TQ Ini adalah untuk tujuan maklumat berpusat.

malikiramli said...

Salam....punyalah power myclassyik hingga hati ini tergerak untuk membukanya meskipun telah diwartakan untuk ditutup.Tak sangka, rupanya masih ada seperti yang diharapkan.. Terima kasih En. Nan kerana memahami perasaan kami semua......

SEROJA PAGI said...

tq En Nan...kerna blog ni masih bernafas,sekurang-kurangnya blok ni sebagai medan perantaraan bg pelajar kohok 2...