Thursday, March 18, 2010

Keputusan Peperiksaan Akhir (Pertemuan Pertama)

Salam,

Sukacitanya dimaklumkan bahawa keputusan peperiksaan untuk kursus-kursus yang telah diambil pada pertemuan pertama telah dikeluarkan.

Keputusan anda semua boleh dicapai melalui portal UUM. Walau bagaimanapun, keputusan peperiksaan ini hanya boleh dicapai mulai hari Isnin 22 Mac 2010.

Ini adalah disebabkan, pihak Pusta Komputer UUM sedang membuat dalam proses mengubah suai 'setting' portal anda semua.

Sila maklumkan kepada saya sekiranya anda masih menghadapi masalah mengakses portal mulai tarikh yang tersebut diatas.

Sekian.

4 comments:

Norzaimah Binti Semsudin said...

en nan...thanx a lot...saya norzaimah dari pasir puteh dah dapat akses portal...terima kasih untuk jasa baik en nan

Hasnan Hassan said...

Norzaimah,

Tak nak ke kongsi keputusan dengan kita semua?

Norzaimah Binti Semsudin said...

tak pe la en nan...saya simpan dulu...hehe...masih berdebar tunggu keputusan sem ni...takut sgt!

cherahmah73 said...

Ya Allah Ya Karim...berdebarnya nak tengok keputusan nanti.semoga Allah mempermudahkan segalanya..Amin.
Walau apapun keputusannya..terima kasih GURU kerana telah bertungkus lumus mengajar dan membimbing kami malah sentiasa bersabar dengan pelbagai kerenah kami..hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.