Sunday, January 31, 2010

Ujian Progres - 3 (sambungan)

Salam,

Sila gunakan ruang ini 'Ujian Progres - 3' untuk menyambung isu berkaitan Ujian Progres untuk DPLI YIK kohot ke 2 ini.

Mungkin masih ada lagi cetusan rasa mengenai isu yang sedang hangat diperbincangkan ini.

Tahniah kepada anda semua kerana telah berjaya mempunyai blog sendiri dengan konten yang begitu menarik disamping reka bentuk yang hebat.

35 comments:

Laila.Zuriah said...

salam dan selamat pagi....

nampaknya isu Ujian Progress masih hangat diperkatakan. Saya sendiri sudah berkali-kali komen ttg isu nie...namun tanpa putus asa, sekali lagi saya usulkan sokongan saya supaya UJIAN PROGRESS dibatalkan @ ditiadakan untuk kesejahteraan guru-guru DPYIK(2)....

Terima kasih En. Nan psl sudi melayan kerenah kitorg yg bermcm2 ragam nie....


Laila(202149)

Nor Azma Soh(202153) said...

Assalamualaikum semua......!

Pendapat saya la,Ujian Progress tu ada pro and con nya bagi semua guru DPYIK(2).Yang bestnya,Jika diadakan dapat menguji kemampuan dan kefahaman guru-guru .....TETAPI......Yang tak bestnya,disebabkan kekangan masa yang guru -guru hadapi,baik DITIADAKAN jer Ujian progress tu.....Assignment tu pun dah cukup sebagai ujian untuk kami semua......

zuariah said...

pandangan saya, memang sangat bersesuaian jika ujian progress dibatalkan. ini memandangkan banyak bebanan yang terpaksa ditanggung kini...
assingment yang diberi cukup mencabar keupayaan kami.... kerjasama dari en.Hasnan amat saya hargai...

NurulHuda.Saadah said...

a'kum....
saya memang menyokong keras ujian progress di tiadakan.... ini adalah kerana terlalu banyak kerja yang hemdak disiapkan . diharap kawan2 turut sama-sama menyokong...'
tq


by: nurulhuda

zaimi said...

salam...
saya pun amat menyokong supaya ujian progress dihazafkan @ tidak dilakukan...nak sudoh kea kijo publisher n access tu pun doh berasap kepalo den..elok sgt la tak diadakan..harap2 en hasnan meraikan kami guru2 yang slow IT ni terutamanya sayer ni...hehehe..

Mat Jusoh Hassan said...

Assalamualaikum En Hasnan,

Dikesempatan ini saya juga ingin mengambil bahagian jugaklah dalam hal ujian Progres ini.
Saya pun seperti rakan-rakan yang lainlah tidak perlu adalah ujian ini kerana kami semua menghadapi kekangan masa. Saya merayu En. Hasnan cukuplah setakat apa yang kami kena buat sekarang rasanya dah tak tertanggung lagi.Minta maaf banyak en. Nan, Ok Wassalam

sarbanicheharun said...

Salam buat C.Hasnan dan rakan-rakan....
Saya amat menyokong sekiranya ujian ni tak di adakan.Kami ni pelajar dua alam,bebanan tugas terlalu banyak.Sekiranya ujian dibatalkan,kami ucapkan terima kasih banyak-banyak.Wassalam.

Muhd Ridhuan Yaacob said...

salam....

Saya pun nk vote untuk "BATALKAN UJIAN PROGRESS"...kiro mudoh2 la...YASSIRU WALA TU'ASSIRU...WA BASSYIRU WALA TUNAFFIRU...

ADS 2028 said...

salam....

ruangan ni dah mcm grg pisang panas.makin hangat dibincangkan.xsabar nak tunggu kelas sabtu ni untuk undi guna suara majoriti tentang ujian progress tu...harap2 tiada ujian progress lagi bagus.markah boleh diambil kira berdasarkan tugasan tu...kira kami semua ni dah cuba untuk belajar buat benda baru macam blog,publisher dan jugak access tu....harap2 dapat pertimbangan yang sewajarnya daripada en nan..wassalam

Nur Jannah said...

Salam.....
Saya n kengkawan kat ulu Kelantan ni memang ketinggalan....kami memang tak tahu menahu pun pasal isu ini yang hangat diperkatakan di blog ini...sayang 1000 kali sayang...terasa sedih hati..lah coz terlalu jauh dengan dunia it... kira saya ni wakil dari 6 orang pelajar kohot 2 di smu(a) sungai sok kuala krai..menyokong 100% ujian itu ditiadakan.. 5 kawan saya belum lagi membuka dan mendaftar blog ini..terasa begitu ketinggalan dari yang lain.Harap dapat pertimbangan yang sewajarnya dari En Nan untuk orang2 yang senasib dgn kami......

Siti Nurfadhilah Abdul Ghani said...

Salam semua....
Sekali lagi saya bersama rakan-rakan semua memohon dari En Nan supaya ujian progress kita dibatalkan..Bukan kami saja tak nak..tapi disebabkan faktor masa.. Diharap En Nan faham situasi kami...tq..!

zubaidah said...

salam hari tu elok2 je ada gambar..hari ni buka dh hilang,,macam mane yerr...pe pun penambahan dari saya dan norasikin hamid...menyokong 100% ujian progress dibatalkan....terima kasih

noor hazella said...

askm...
skali lgi sy tegaskan di sini agar ujian progress dibatalkan.memandangkan tugas kami sekolah sudah tak terpikul rasenyer...tq

nor azlina(deqna) said...

assalamualaikum.......... saya juga harap agar ujian progres ini tidak diadakan memandangkan kerja sekolah bertimbun. dalam bulan ini saya terlibat dengan anjuran pertandingan syarahan dan sekolah saya menjadi tempat pertandingan diadakan. jadi saya sibuk dengan persiapan ini. selain itu urusan persekolahan juga banyak kerana jawatan saya sebagai guru panitia akademik. saya berharap en hasnan timbang kembali permintaan agar tidak diadakan ujian. TQ

shahrina said...

salam...

seronok pulak baca komen teman2 seperjuangan tentang isu yg cukup hangat ni..rasanya dh suara majoriti yang setuju spy ujian progress dibatalkan en nan. apa2 pun, sekali lagi saya nak vote supaya DIBATALKAN...dh x cukup kaki tangan rasenya sekarang ni..

shahida said...

salam..c.nan
memang c.nan ni best la coz ikt suara majoriti,saya pun sependapat ngan kwn-kwn agar test dibatalkan,lagipun asigment lain pun byk lg tak siap,buat blog pun dah mencabar bg saya.
terima kasih c.nan..

Hasnan Hassan said...

Shahida,

Patut ke agakmya saya ikut suara majoriti kawan-kawan anda.

Normadati Mat Kail said...

salam...

En. Hasnan...

Saya menyokong agar dibatalkan @ ditiadakan ujian progress memandangkan kekangan masa yang kami hadapi(seperti yang diceritakan oleh rakan2)...dan di atas bahu kami ini, terpikul 1001 tanggungjawab yang wajib dilaksanakan.Situasi sekarang,Guru bukan hanya mengajar dan mendidik, tetapi guru juga adalah pengurus dalam semua hal di sekolah. Saya mengharapkan pandangan kami ini mendapat simpati dari En.Hasnan.Terima kasih.

wahida ruqayyah mohamad said...

Salam...
saya juga tidak setuju tentang ujian progress tersebut kerana memandangkan pelbagai masalah yang dihadapi oleh pihak kami seperti beban tugas mengajar dan juga belajar. Saya menyarankan agar Encik Hasnan kasihankan kami,,

Nor Azma Soh(202153) said...

salam...

en.nan,

kalau diikutkan sistem demokrasi yang di amalkan di Malaysia dan termasuk la jugak dalam kelas en.Nan....,satu-satu keputusan tu ikut suara atau undi majoriti...majoritinya kata cancel....so,Ujian Progress ni memang kena cancel la.....Ni pandangan saya jer En.Nan...TQ

norlailani said...

saya setuju dengan tiada ujian progress.hm..........

LIZA_DPUUMYIK02 said...

Salam......
Rasa best gak dapat berkongsi pengalaman dan blajar ngan Cik Nan....sporting habis...
Saya juga rasa terpanggil untuk menyokong supaya ditiadakan ujian progress....memandangkan kami mempunyai banyak komitmen dan kekangan masa yang kami hadapi...So thankz a lot 4 your consideration

Hasnan Hassan said...

Liza

Saya pun sangat teruja mendapat pelajar seperti anda semua. Semua komen yang dihantar adalah berhemah.

Blog 'myclass' adalah ruang untuk kita semua berkongsi pendapat. Rakan-rakan anda macam dah tolong buat keputusan kat saya.

Blog Liza bila nak isi dengan maklumat yang sepatutnya?

Hasnan Hassan said...

Norlailani,

Apa alternatif sebagai ganti? Cadang-cadang nya nak tambah tugasan satu lagi ke? Buat laporan bertulis ke. Apa macam?

Hasnan Hassan said...

Nor Azma,

Undi majoriti berat sebelah. Pelajar lelaki kurang mengundi berbanding pelajar perempuan. Ini yang susah nak buat keputusan. Keputusan mesti adil.

Hasnan Hassan said...

Wahida,

Blog anda kat canggih. Jadi tak ada masalah nak buat ujian kot.

Bagi 3 assignment tu dah kira banyak kasihan dan tu.

Nor Azma Soh(202153) said...

salam...

En.Nan boleh bagi klu tak apa yang nak disoal dalam Ujian Progress tu...kot-kot test tu ter 'jadi' la...

norazuramustaffar said...

salam....em okeh gak ujian progres dibatalkan...setuju bebenor ler...lagipun publisher n access xsiap lagi nie..huhu...

zulhabrinarifin said...

salam....en. nan...
saya ni teramat ler suka dan gembira kalau ujian tu tak jd sbb byk sangat kerja nk dibereskan...di sek hari2 ade mesy...petang ade sukan..assignmnt yg encik bg pun x siap lg....kesian ler kt kitaorg ....asyik kerja jer memanjanggg...letih tok sah cakap.....

muhammad azri amin said...

salam...saya cadang kita buat ikut suara majoriti yang dah undi..yang tak vote tu kira tak mengundi la..boleh ke macam tu?

WAN AZLINA said...

salam..saya setuju untuk tidak diadakan..hujjahnya dah disebut oleh rakan2..harap2 dapat dipertimbangkan...k

MOHD ASRI said...

Pada pandangan saya, ujian progres ini memang bagus diadakan tetapi yang tidak dapat di laksanakan kerana masa tidak mengizinkan oleh sebab kesuntukan masa ditambhakan pula waktu belajar begitu singkat dengan adakan assigment ni pun sudah membebankan guru-guru yik.

Nor Shahizan 202066 said...

salam en.nan.
ujian progress jadi ker tak?kalu nak digantikan dgn assignment, saya rasa lbh baik buat ujian TETAPI buat OPEN BOOK TEST. at least kami blh buat persediaan utk final exam.

Akmanizam bin Mat Jusoh @ Abdullah said...

Assalamu'alaikum w.b.t.
Saya cadangkan ujian progress digantikan dengan tugasan Powerpoint, sekitar 10 -15 slaid sahaja (bahan pengajaran / kuiz / kamus bergambar). InsyaAllah bermanfaat untuk guru-guru di samping penggunaan powerpoint yang jauh lebih mudah berbanding Access dan Publisher.

Norzaimah Binti Semsudin said...

salam en.Hasnan,
Saya setuju dengan cadangan Nor Shahizan.Kita buat open book test lagi baik.Assignment memakan masa nak buat.Memandangkan kebanyakan pelajar ada komitmen masing2,kalau open book test at least mcm study utk final terus.Kira serampang 2 mata.