Thursday, December 30, 2010

BENGKEL RANCANGAN LATIHAN MENGAJAR

Assalamualaikum.

Makluman kepada semua pelajar DPUUM Kohort 2.

1) Bengkel Rancangan Latihan Mengajar akan diadakan seperti berikut;

Tarikh : 7 & 8 Januari 2011
Hari : Jumaat & Sabtu
Tempat : Kelantan Trade Centre (KTC)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Pakaian : Lelaki : Kemeja Lengan Panjang dan Bertali Leher
Perempuan: Baju Kurung

2) Majlis jamuan makan malam bersama pensyarah-pensyarah dan pegawai kanan UUM, PGSABK serta YIK akan diadakan seperti berikut;

Tarikh : 7 Januari 2011
Hari : Jumaat
Tempat : Kelantan Trade Centre
Masa : 8.00 malam hingga 11.00 malam
Pakaian : Baju Batik

Nota;
1) Program ini adalah anjuran UUM sepenuhnya.
2) Semua kos program termasuk Makan / minum disediakan percuma.
3) Kehadiran adalah WAJIB
4) Pelajar yang gagal hadir tidak akan dibenarkan untuk menjalani praktikum
5) Sila bawa alatulis sendiri (pen / buku catatan)


Thursday, December 16, 2010

MAJLIS BERSAMA YB DATO NIK MOHD AMAR

Assalamualaikum.

Salam sayang untuk semua.
Satu majlis penyerahan cek sumbangan kerajaan negeri Kelantan yang akan disempurnakan oleh Yb. Dato Hj Nik Mohd Amar Bin Nik Abdullah,exco kerajaan negeri Kelantan kepada pelajar-pelajar DPUUM kohort 2 akan diadakan seperti berikut;

Tarikh : 21 Disember 2010
Jam : 8 pagi
Tempat : Yayasan Islam Kelantan

Semua pelajar diwajibkan hadir.

Sekian, terima kasih.

Sunday, December 5, 2010

Last day of TESL Class

Salam semua,

Hebat sungguh kelas TESL !!!



















Mana guru B.I lelaki - All the Sirs'
Sumber : Blog "Rafikah"
http://ikahcorner.blogspot.com/

Friday, December 3, 2010

Bersama DPYIK Kohort 3

Foto semasa taklimat dari Penyeleras DPYIK bersama kohort 3























Sunday, November 28, 2010

MALKLUMAN PENTING

Adalah dimaklumkan kepada semua rakan-rakan pelajar bahawa saya telah mengamanahkan tugasan sebagai ketua penghulu kepada Ustaz Maliki Bin Ramli (tel: 019-9388997) untuk semua urusan berkaitan dengan DPUUM dan PGSABK.


Ini kerana saya tidak lagi bertugas dengan YIK dan akan bertugas sebagai Pegawai Psikologi.

Saya juga memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan dan kelemahan sepanjang saya bersama teman-teman semua.

Saya doakan kita semua akan berjaya dalam Diploma Pendidikan khususnya semasa Praktikum nanti.

TAKLIMAT PRAKTIKUM

Satu taklimat berhubung dengan Praktikum DPUUM kohotr 2 akan diadakan seperti berikut;


Tarikh : 3 Disember 2010
Tempat : Dewan Kuliah Pendidikan Islam
Jam : 11.45 pagi

Mohon kerjasama kepada semua pelajar untuk memaklumkan kepada pensyarah tentang taklimat ini.

Thursday, October 7, 2010

PESANAN DR ZAILANI

Assalamualaikum.

Penyelaras program DPUUM memohon kepada semua pelajar yang ada apa-apa cadangan, komentar atau perlukan apa-apa penjelasan berkenaan pengajian diminta berhubung terus melalui telefon 0194754774

Wednesday, September 29, 2010

PENJELASAN TENTANG PERUBAHAN JADUAL

Assalamualaikum.

Pertamanya saya nak maklumkan kepada semua pelajar bahawa kelas Micro dan Makro di ubah ke 5 Dis 2010 kerana pihak UUM bercadang untuk memberi peluang dan ruang yang lebih kepada semua pelajar untuk membuat persediaan rancangan mengajar dan kaedah termasuk menyediakan RPH. Semua pelajar akan diwajibkan untuk membuat pembentangan di hadapan pensyarah dalam masa sekitar 20 minit seorang. Jadi pihak UUM memberi kita semua peluang menyiapkan persediaan tersebut dalam tempoh 2 minggu. Lagipun ada sedikit gangguan persediaan kita masa Raya Haji nanti (17 dan 18 Nov).

Justeru itu pihak UUM khuatir masa tak cukup memandangkan jumlah pelajar yang ramai...jadi kena tambah 2 pertemuan lagi.

Apa - apa masalah rasanya elok dibincang terus dengan penyelaras program. Bagi yang punya kesulitan silalah berhubung secara penuh hormat dengan Dr Zailani. Mudah - mudahan kita semua dapat belajar dengan aman dan damai serta penuh ukhuwwah.

Rasanya tak menjadi kesulitan di pihak pensyarah UUM kalau kita memohon untuk membuat pembentangan awal kiranya bertembung dengan apa jua perancangan kita....wallahuaalam

Saturday, September 25, 2010

KERJA KURSUS PENDIDIKAN ISLAM

1. Pilih 3 kaedah pengajran dan embelajaran dan terangkan konsep & keistimewaannya

2. Nyatakan bidang pembelajaran yang sesuai bagi setiap kaedah yang dipilih- kukuhkan dengan hujah yang konkrit
3. Kemukakan RPH yang lengkap bagi satu sesi p&p yang menggunakan 3 kaedah di atas yang akan berlangsung selama 70 minit.
4. Tajuk bagi p&p hendaklah merupakan salah satu dari senarai tajuk dalam bidang pembelajaran yang anda nyatakan di para 2 di atas dari mana-mana tingkatan.

ARAHAN;
1. Hendaklah disediakan dalm kumpulan 2-3 orang
2. Bertaip komputer font ariel 12 - langkau satu baris setengah.Bagi tulisan Jawi-guna jawi biasa
3. Sumber rujukan perlu dinyatakan
4. Rajah, jadual dan gambar hendaklah dilabelkan, dinomborkan dan dimasukkan dalam senarai kandungan
5. Segala penyataan dalam penulisan perlu dinyatakan sumber maklumatnya
6. Bahan kulit luar tugasan projek hendaklah dilengkapkan dengan maklumat berikut;
a. Nama pelajar
b. Angka giliran
c. No. Kad pengenalan
d. Kod dan matapelajaran
e. Nama pensyarah
f. Tarikh serahan

JAMUAN HARI RAYA AIDIL FITRI

Adalah dimaklumkan kepada semua rakan-rakan bahawa satu Majlis Jamuan Hari Raya akan diadakan seperti berikut;


Tarikh : 2 Okt. 2010
Hari : Sabtu
Tempat : Universiti Tun Abd. Razak (tingkat 4)
Jam : 12 tengahari
Sumbangan : RM 10.00... boleh dibuat melalui wakil pelajar mengikut Opsyen;
1. Pendidikan Islam : Ustz. Normadati
2. B. Inggeris : Pn. Azlina
3. B. Melayu : Pn. Norhafiza (Jaja)
4. Matematik : Jaw

Rakan-rakan yang ingin menyumbang kuih muih bolehlah bawa pada hari tersebut.

"SEMOGA UKHUWWAH KEKAL ABADI"

PERUBAHAN JADUAL WAKTU SGDK 4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO

Berikut adalah jadual baru SGDK 4042 Pengajaran Mikro dan Makro kerana jadual lama bertembung dengan cuti Hari Raya Haji.


1. Jumaat 05 Nov. 2010
2. Jumaat 26 Nov. 2010
3. Sabtu 27 Nov. 2010
4. Jumaat 03 Dis. 2010
5. Sabtu 04 Dis. 2010
6. Jumaat 10 Dis. 2010
7. Sabtu 11 Dis. 2010

Jam : 08.00 pagi hingga 04.30 petang

Thursday, September 23, 2010

JAMUAN MAKAN PRA GRADUASI DAN MAJLIS PERPISAHAN

Satu majlis makan tengahari bersama pensyarah-pensyarah UUM, PGSABK dan YIK akan diadakan pada 22 Januari 2011 nanti sebelum praktikum.

Semua pelajar dijemput untuk menyertai majlis perpisahan dan makan malam pra graduasi ini.

Cadangan awal;
(bagaimanapun cadangan anda adalah di alu-alukan);
1.Bayaran Makan Tengahari : Ditaja oleh UUM
2.Sumbangan Pelajar : RM 10.00 sahaja
(cenderahati kenangan untuk semua pelajar dan tetamu)
3.Tempat : Hotel yang ada Sijil Halal JAKIM

4. Tarikh cadangan : 22 Januari 2010 (tertakluk kepada Jadual Kehadiran Penyeliaan Praktikum oleh pensyarah UUM)
5.Hari : Sabtu

Kutipan bayaran akan dibuat mulai 24 Sept 2010

Sekian, terima kasih.

MAKLUMAN PENTING

CUTI BELAJAR

Prosedur cuti belajar;
1. Ambil borang permohonan cuti belajar melalui pejabat sekolah atau YIK.
2. Sertakan salinan surat tawaran dari UUM
3. Serahkan ke Pejabat Sekolah
4.Isi borang cuti tanpa rekod
5.Sertakan jadual waktu kuliah
6.Hantar ke Pejabat Sekolah

Nota;
Cuti dibenarkan selama 15 hari setahun.

WAKTU KULIAH
Kuliah akan bermula pada 24 September 2010.
Waktu kuliah mulai jam 8 pagi hingga 4.30 petang

Saturday, September 11, 2010

AMARAN AKHIR

Assalamualaikum teman-teman seperjuangan sekalian.

Mohon kerjasama kepada semua pelajar yang mana no matriknya tertera di bawah supaya menghubungi / menghantar assignment kepada tuan Hj Alis Bin Puteh dengan SEGERA;

202081, 202083, 202205, 202217, 202221, 202227, 202233, 202254, 202255.

Sekian, terima kasih.

Tuesday, August 24, 2010

SALAM AIDIL FITRI

Assalamualaikum.

Sempena Aidil Fitri yang mulia ini saya ingin mengucapkan Salam Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin buat semua teman-teman seperjuangan, pensyarah dan semua yang mengenali diri ini. Ampun dan maaf atas segala keterlanjuran semasa kita bersama.

Di kesempatan ini juga saya ingin menjemput semua bekas pelajar Maahad Muhammadi Lelaki dan Perempuan untuk ke majlis Himpunan Aidil Fitri Bekas Pelajar Maahad Muhammadi Lelaki, Perempuan dan Maahad Muhammadi Pasir Pekan;
Tarikh : 4 Syawal 1431 H
Masa: 09.00 pagi - 02.00 petang
Tempat : Padang Maahad Muhammadi Lelaki

Sekian. Wassalam

Tuesday, August 17, 2010

PENGUMUMAN

Assalamualaikum dan salam Ramadhan


1. TUGASAN PROF. MADYA DR. JELANI
Kepada nama-nama beikut sila hantar tugasan tambahan kepada Prof sebelum 22 Ogos 2010.


as salam
pohon maklumkan kpd penama berkenaan untuk buat tugasan tambahan sebagai gantian mengelak gred F. Mohon hantar melalui emel saya sebelum 22 Ogos 2010.
Salleh Yusof - Intellectual property
Abdullah Salleh - Web 2.0
Mohamad Yusof Hussin - Assistive Technology
Mohd AZhar Ghani - Augmented Reality
Tugasan memerlukan mereka memberi huraian mengenai takrifan tajuk2 berkenaan dlm 3 halaman (1.5 line spacing, Times New Roman 12 point)
Terima kasih dan ramadhan mubarak.

Drpad. Prof. Madya Dr Jelani (0124096004)

2. YURAN PENGAJIAN
Semua bayaran yuran pengajian hendaklah diselesaikan sebelum 30 Ogos 2010. Sekiranya pelajar gagal membayar yuran tersebut, pihak pengurusan PGSABK akan menghalang pelajar daripada meneruskan pengajian pada sesi akan datang.

Setakat ini bayaran yuran amat mendukacitakan pihak PGSABK.

Semua bayaran hendaklah melalui Cikgu Wan Yusof - Presiden PGSABK (Tel : 017-9191412)

Wednesday, August 4, 2010

TUGASAN EN ALIS

Mohon kerjasama semua pelajar untuk meletakkan gambar bersaiz passport pada kulit assignment yang akan dihantar kepada En Alis nanti.

PEPERIKSAAN AKHIR

Assalamualaikum

1. Tarikh Peperiksaan akhir seperti berikut;

Tarikh : 6 Ogos 2010
Matapelajaran : Kajian Tindakan
Jam : 08.45 pagi
Tempat : Dewan Utama, USM

Tarikh : 7 Ogos 2010
Matapelajaran : Pengurusan & Pengelolaan Ko-Kurikulum
Jam : 08.45 pagi
Tempat : Dewan Utama USM

2. PAKAIAN
Semua pelajar lelaki wajib pakai kemeja lengan panjang, bertali leher dan berkasut

3. TAKLIMAT
Semua pelajar yang tidak hadir perjumpaan 30 Julai di DK 6 sila jumpa Dr Zailani untuk taklimat KHAS.

4. YURAN
Tarikh akhir bayaran yuran pengajian yang telah ditetapkan oleh PGSABK ialah 30 Ogos 2010.

5. DVD Bina Insan Guru
Semua urusan menuntut DVD tersebut bolehlah dibuat melalui Cikgu Yi

Saturday, July 24, 2010

PERJUMPAAN PENTING

assalamualaikum.

Satu perjumpaan penting dengan Dr Zailani (Penyelaras program DPUUM) akan diadakan seperti berikut;

Tarikh : 30 Julai 2010 (Jumaat)

Jam : 4 Petang

Tempat : DK 6 USM

Sekian, terima kasih.

Friday, July 23, 2010

Belum Hantar Tugasan

Salam,

En Rosli telah bertemu saya dan juga Dr. Zailani pagi tadi di EDC, UUM dan memaklumkan bahawa ada sebanyak 102 tugasan individu lagi yang masih belum diterima.

Beliau berharap kepada pelajar-pelajar yang masih belum menghantar tugasan tersebut agar dapat menghantarnya dengan kadar segera.

Tarikh akhir penyerahan ialah sebelum hari peperiksaan akhir.

Sekian

Hasnan Hassan

Dosa-Dosa & Facebook

DOSA-DOSA & FACEBOOK

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net
Zaharuddin.net on Facebook

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran
melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka.

Tertekanlah suami serba salah. Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN
sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh
mengundang dosa. Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat 'membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang 'perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat 'lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwinpadahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah. Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah 'janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .

3) Penyamaran
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi 'friend' seseorang
wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya.

Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu. Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu 'bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya.Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai 'rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi lisan mereka.Ini adalah kerana, terdapat 'trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar.

Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya. Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini
telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan 'candid', tetapi akibat etidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh 'untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan 'seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas penghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di
facebook, disiarkan oleh rakan-rakan lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, 'zaman aku ekstrem', 'zaman solehah', 'waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.

KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook. Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga.

Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa. Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
3 Mei 2010

Kelebihan Bulan Syaaban

KELEBIHAN BULAN SYAABAN

Syaaban adalah bulan Rasulullah s.a.w. Sabda Baginda yang bermaksud : " Dinamakan dengan Syaaban ( berserak-serak ) itu adalah kerana didalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak ".

1. Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda.

2. Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambaNya.

3. Sesiapa yang berpuasa 3 hari pada awal, pertengahan dan akhirnya maka Allah akan menulis baginya pahala 70 orang nabi-nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan akan menulis baginya pahala 70 orang nabi-nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika ia meninggal dunia pada tahun itu, ia akan mendapat pahala mati syahid.

4. Kelebihan malam nisfu syaaban pula ialah sesiapa yang bangun mendiri kan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca al quran dan sebagainya, maka Allah akan membuka untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.

5. Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu Syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka kepada kedua ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan silaturrahim.

BERSAMALAH KITA MEMPERBANYAKAN AMAL DI BULAN YANG PENUH KEMULIAN DAN KEBERKATAN SERTA BEROLEH TAWARAN YANG HEBAT DARIPADA ALLAH SWT DAN TIDAK MUSTAHIL KITA TIDAK JUMPA LAGI SELEPAS INI . YA ALLAH BERKATILAH KAMI DI BULAN SYA`BAN DAN KETEMUKAN KAMI DENGAN BULAN RAMADHAN .

AMIN

Saturday, July 17, 2010

BAHAN PEMBENTANGAN EN ROSLI

Assalamualaikum.

Mohon kerjasama semua ketua kumpulan untuk menghantar kepada saya melalui email: efendymml@yahoo.com power point semasa pembentangan kelas En Rosli. ini kerana hanya beberapa kumpulan sahaja yang telah menyimpan file mereka di komputer USM tempohari.
en Rosli telah minta supaya saya kumpul dan hantar kepadanya dalam minggu ini juga. 

Thursday, July 8, 2010

Latihan Mengajar (Kohot 1)









































Salam,

Foto yang sempat dirakam semasa rakan-rakan anda (kohor 1) sedang mengajar di dalam kelas. Rancangan Latihan Mengajar (RLM) kohot 1 akan tamat pada 15 Julai 2010.


Anda di kohot 2 dan bersedia untuk RLM?

Sunday, June 6, 2010

Cetusan Peribadi Sahabat (Kohot 2)

Salam,

Salah seorang rakan kohot anda mahu berkongsi nukilannya bersama kita semua.


Al - Kisah
Tersebut kisah di satu kampung yang damai, tinggal satu komuniti ternakan yang harmoni dan hidup saling bergantungan. Ada yang berkaki empat, kaki dua, berekor dan terbang, mereka dimiliki oleh seorang Raja yang penyayang. Kehidupan mereka sentiasa sibuk dengan pelbagai urusan masing2, walau bagaimanapun masih sempat bertegur sapa.

Maka pada suatu masa, telah tercetus satu isu yang hangat dalam komuniti tersebut apabila Raja tersebut telah memutuskan untuk menghantar semua ternakan mengikuti latihan khas untuk menjadi ternakan2 yang bermutu........
Namun akibat semua ternakan telah mempunyai urusan masing2 yg telah dirancang, Raja itu terpaksa mencari waktu sesuai utk membawa kesemuanya.

Berpunca dari situ...beberapa ternakan yg tidak berpuas hati telah melakukan protes dengan cara meletakkan sepanduk2 dgn ayat2 'cinta' masing2 di sepanjang jalan. Ada yang lakukan secara bersemuka, tak kurang juga yang letak sembunyi2.

Di dalam suasana kalut itu, tiba-tiba satu ternakan iaitu Itik telah dengan penuh sengaja dan selamba...meletakkan satu sepanduk betul-betul pada pintu rumah Ayam.
Kejadian itu telah disedari oleh si Ayam, dan akibat hanya rumah si Ayam sahaja sepanduk itu diletakkan, maka menyebabkan si Ayam marah dan menegur si Itik, tetapi si Itik buat2 tak tahu je. Peristiwa itu turut sama sempat dilihat oleh beberapa jiran si Ayam...keadaan bertambah 'panas' apabila si Itik langsung tidak mahu mohon maaf dan berlagak seolah2 tiada apa yg berlaku.

Walaupun begitu, mungkin kerana sedar dah buat silap...si Itik terus membuang sepanduk itu tanpa memberitahu apa2 pada si Ayam. Ini menyebabkan si Ayam bertambah2 geram...lantas meletakkan sepanduk di jalan meminta si Itik meminta maaf. Rakan2 si Ayam tertanya2 apakah sebenarnya yg telah terjadi di antara Ayam dan Itik.
Tetapi...si Itik dengan sifat keitikannya masih tidak mahu meminta maaf.
sekian.

PERSOALAN
1. Wajar atau tidak si Ayam menegur sikap si Itik dan memintanya mohon maaf?
2. Mengapakah si Itik tidak mahu meminta maaf dengan si Ayam sedangkan ia tahu telah membuat salah?
3. Pada pandangan anda, apakah yang sepatutnya dilakukan oleh si Itik atau si Ayam.
4. Adakah perbuatan Itik dan ternakan yg 'bersembunyi' dianggap kurang baik?
5. Apakah tindakan sewajarnya yang perlu dilakukan para ternakan untuk memberitahu sesuatu kepada Raja.

Cetusan peribadi penulis...
Diploma Pendidikan YIK - UUM Kohort 2

Sembang Corner 10

Salam,

Sila lah ke "Sembang Corner 10" myclassyik.

Mungkin ada dari kalangan anda yang ingin berkongsi maklumat dengan rakan sekohort terutamanya berkaitan dengan Program Bina Insan Guru (BIG) atau maklumat lain yang dapat memberi manafaat kepada semua.

Monday, May 31, 2010

PLAGIAT

Adalah dimaklumkan bahawa beberapa orang pelajar telah menipu Prof. Madya Dr Jelani dengan menghantar tugasan individu yang sama dengan rakannya (cuma tukar nama dan no matrik) dan ada juga yang melakukan kombinasi antara dua tugasan rakannya....

Dr. Jelani telah mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pelajar-pelajar tersebut.

Nasihat saya supaya hal sebegini tidak berulang lagi....yang akan lebih menderita ialah tuan punya assignment yang sebenar....sebab kedua - duanya diambil tindakaan.

Harap maklum.

YURAN PENGAJIAN

Persatuan Guru Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Kelantan (PGSABK) memohon kerjasama tuan/puan untuk menjelaskan yuran pengajian Diploma Pendidikan UUM-PGSABK sebelum 4 Jun 2010.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

DaripadaWAN JUSOH BIN WAN MAT
Yang Dipertua PGSABK

Saturday, May 29, 2010

TAKZIAH

Assalamualaikum teman-teman seperjuangan....

Pagi ini jam 08.45 am ketika kita semua sedang sibuk untuk menghadapi peperiksaan....rakan kita saudara Mohd Shafawi bin Salleh telah kehilangan ibu tersayang yang telah kembali kerahmatullah.

Saya menyeru semua rakan seperjuangan untuk menghadiahkan al-Fatihah buat arwah ibunya.....al-Fatihah.

Thursday, May 27, 2010

PEPERIKSAAN AKHIR

Berikut adalah maklumat tentang peperiksaan akhir;

MASA : 09.00 AM HINGGA 11.30 AM
TEMPAT : DEWAN UTAMA HUSM
TARIKH : 28 MEI 2010 - TEKNOLOGI & INOVASI DALAM PENDIDIKAN
29 MEI 2010 - PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

Peperiksaan Akhir

Salam,

Selamat menduduki peperiksaan akhir semester.
Semoga berjaya dengan cemerlang.


Hasnan Hassan

*Ust. A. Rahman- saya 'open to all' untuk komen.
Kalau tak boleh lagi, kita cuba selesaikan esok.

Wednesday, May 26, 2010

Komen untuk blog 'myclassyik'

Salam,

Terima kasih kepada anda semua yang telah menghantar SMS berkaitan dengan masalah komen ke blog ini.

1. Buat masa ini blog 'myclassyik' hanya untuk ahli yang telah 'sign-in' menjadi follower sahaja yang boleh menghantar komen. Ingat! sign ini masa masukkan photo anda dulu.

2. Ustaz Abdul Rahman menghantar komen menggunakan id 'Wakaf Baru' (ini id baru). Penggunaan id baru memang tidak boleh digunakan kerana semasa menjadi follower dulu Ustaz menggunakan id(login) lain.

3. Sebelum ini, blog ini dibuka kepada sesiapa termasuk 'anonymous' dan id-id yang lain spt. 'Wakaf Baru' .

3. Buat ketika ini, hanya id yang didaftar semasa menjadi follower 'myclassyik' sahaja boleh menghantar komen.

Selamat mencuba dan selamat berjaya dalam peperiksaan.


Hasnan Hassan

Tuesday, May 25, 2010

Komen untuk blog 'myclassyik'

Assalamualaikum,

Sukacitanya dimaklumkan bahawa anda semua boleh menaip komen untuk blog 'myclassyik' seperti biasa.

Cuma penggunaan 'anonymous' telah DISEKAT untuk sementara waktu kerana topik-topik yang begitu sensasi sekali.

Sesiapa yang ingin menulis komen, buatlah seperti biasa dan gunakan username dan juga password anda.

Sila SMS kepada saya, sekiranya anda tidak boleh untuk menghantar komen

Sekian

Hasnan Hassan
013-4400271

Saturday, May 22, 2010

TOPIK UNTUK STUDY DARIPADA PROF. MADYA DR JELANI

As salam

Ustaz, Mohon maklumkan pd kawan2 topik2 utk study:

1. Rogers’s teori diffusion of innovation
2. Penilaian teknologi
3. Model Wellivers/ACOT
4. Pembelajaran abad ke 21
5. Hakcipta/harta intelek
6. Multiple intelligences
7. Pemikiran kreatif/kritikal
8. Teori Dale
9. Model2 reka bentuk pengajaran – ASSURE/ADDIE

Semoga berjaya semua. Saya mohon maaf tak dapat hadir; kena gi KL.

Terima kasih dan mohon maaf atas kesalahan jika ada dari semua dlm kelas. Saya akan gi umrah 3 Jun nanti insyaallah.

Dr. Ahmad Jelani Shaari
Educational Studies
UUM College of Arts and Sciences
Universiti Utara Malaysia

Thursday, May 20, 2010

Peperiksaan Akhir Teknologi & lnovasi dlm Pendidikan

Assalamualaikum,

Selamat menduduki peperiksaan akhir untuk semester ini.

Bagi kursus ini, sila fokuskan pembacaan anda kepada ;

1. teori dan juga model
2. nama-nama penting (spt. John) dan apa yang mereka sarankan spt ciri penting dan lain-lain
3. pembelajaran dan juga cara pemikiran terkini
4. hal-hal/isu-isu bersabit dengan ICT dan komputer
5. lain-lain

Seperti anda semua sedia maklum;
Bahagian A: Struktur (60 markah) 10 soalan sementara
Bahagian B : Esei (40 markah) 2 soalan.

Selamat membuat persediaan dan semoga berjaya dengan cemerlang.

Sunday, May 16, 2010

TEMPAT PEPERIKSAAN

Assalamualaikum.

TEMPAT PEPERIKSAAN
Peperiksaan akhir akan diadakan seperti berikut;
Tempat : Dewan Besar USM Kubang Kerian - berhampiran dengan DK 6.

Wallahu aalam.

Thursday, May 13, 2010

Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir

Assalamuailkum,

Selamat menduduki peperiksaan akhir semester.
Semoga semua berjaya dengan 'cemerlang'.

Hasnan Hassan

Wednesday, April 21, 2010

SGDT 4013: Inovasi & Teknologi dalam Pend.

PERINGATAN

Assalamualaikum,

Selamat bertemu kembali dan sila ambil maklum bahawa :

i. Tugasan 1 untuk kursus ini akan dipungut.
ii. Sila bawa notebook yang baterinya telah 'di charge' untuk latihan power-point.

Tarikh kuliah : 23 April 2010 (Jumaat)

Sekian.

Hasnan Hassan

Monday, March 29, 2010

PENGELUARAN WANG KWSP

Saya telah mendapat lampu hijau dari pihak persatuan bahawa wang KWSP boleh dikeluarkan mulai petang ini. (29 Mac 2010).

Harap maklum.

Sunday, March 28, 2010

KONVOKESYEN UUM KALI KE 23

Assalamualaium.

Pertamanya ucapan terima kasih kepada En Nan yang menjadi orang pertama mengucapkan Tahniah kepada saya semasa konvo 27 Mac 2010 semalam.

Saya juga nak minta maaf kepada rakan-rakan semua yang mengajukan pelbagai persoalan tentang masalah kwsp dan lain - lain hingga tak terjawab....sebab saya baru balik dari UUM hari ni.

Insya Allah segala kesulitan kalian akan saya selesaikan sebaik mungkin bersama Abe Lu dan Kak Lu yang lain.

Jejak No. Matrik

SEGERA

Salam,

Mohon bantuan untuk mengesan rakan anda yang tidak mencatat no. matrik dalam blog mereka. Nama mereka juga TIDAK DAPAT dikesan dalam senarai kohot 2.


1. Blog betajuk "Dip Yik" dan nama blogger din5556.



2. Nama blogger qeenmtsna dalam blog bertajuk "Mutiara Eqeen"



3. Blog "Bersama Selamanya.........." dan blogger bernama hanya Shahida.



Ini rakan-rakan beliau.


Sila SMS No Matrik anda SEGERA. Hingga 30 Mac sahaja.

Sunday, March 21, 2010

JADUAL PENGAJIAN

1. SGDT 4013 - TEKNOLOGI & INOVASI DALAM PENDIDIKAN
(Prof. Madya Dr. Ahmad Jelani B. Shaari)

JUMAAT : Mulai Jam 8 Pagi - 12 Tengahari dan 3 Ptg. - 5 Ptg.

2. SGDE 4013 - PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN
(Dr. Mohd Isha B. Awang)
SABTU : Mulai Jam 8 Pagi - 12 Tengahari dan 2 ptg. -4 Ptg.

Thursday, March 18, 2010

Keputusan Peperiksaan Akhir

TERKINI

Salam,

Sukacitanya dimaklumkan bahawa portal UUM telah boleh diakses mulai petang ini (Khamis:18.3.2010).

Sila login ke portal berkenaan untuk mendapatkan keputusan peperiksaan akhir anda bagi pengajian semester 1 : pertemuan pertama.


Sekian.

Hasnan Hassan

PERINGATAN PERJUMPAAN PELAJAR DPLI

Assalamualaikum WBTH.

Salam ingatan buat teman-teman seperjuangan.

Dikesempatan ini saya ingin memaklumkan sekali lagi bahawa satu perjumpaan penting anjuran Persatuan Guru-guru Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Kelantan (PGSABK) akan diadakan seperti berikut;

Hari : Sabtu
Tarikh : 20 Mac 2010
Masa: 9 pagi
Tempat: Kompleks Purnama

Kehadiran adalah WAJIB

Sekian, wassalam.

-efendy

Pengendalian Blog 'myclass'

Salam,

Sukacitanya dimaklumkan bahawa blog 'myclassyik' akan mula dikendalikan oleh Ustaz Mohd Effendy selaku Penghulu DPYIK kohot 2 dengan serta merta.

Semua pos/berita yang dikeluarkan oleh Ustaz Effendy akan menggunakan nama Penghulu.

Blog ini akan saya kendalikan semula apabila anda semua menjalani Rancangan Latihan Mengajar (RLM) di akhir kursus Diploma Pendidikan ini nanti.

Semoga semua anda menperolehi kejayaan yang cemerlang.

Akhir kata :

Kalau ada sumur di ladang.
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur ku panjang,
Boleh kita bertemu lagi.

Sekian.

Keputusan Peperiksaan Akhir (Pertemuan Pertama)

Salam,

Sukacitanya dimaklumkan bahawa keputusan peperiksaan untuk kursus-kursus yang telah diambil pada pertemuan pertama telah dikeluarkan.

Keputusan anda semua boleh dicapai melalui portal UUM. Walau bagaimanapun, keputusan peperiksaan ini hanya boleh dicapai mulai hari Isnin 22 Mac 2010.

Ini adalah disebabkan, pihak Pusta Komputer UUM sedang membuat dalam proses mengubah suai 'setting' portal anda semua.

Sila maklumkan kepada saya sekiranya anda masih menghadapi masalah mengakses portal mulai tarikh yang tersebut diatas.

Sekian.

Ujian

'Traffic test' untuk penyerahan kepada Penghulu kohot 2 YIK.

Ustaz Effendi - sila maklumkan jika ada sebarang masalah berkaiatan pengendalian blog ini.

Saturday, March 13, 2010

Penangguhan Penutupan Blog "myclassyik'

Assalammualaikum WMT,


Setelah membaca komen daripada anda semua maka blog 'myclassyik.blogspot.com' ini akan terus beroperasi hingga ..........................

Sokongan dan sambutan anda semua terhadap blog 'myclassyik' terutama pada minggu ini sangat mengakumkan.

Untuk makluman anda semua, blog ini akan ditadbir urus sepenuhnya oleh Penghulu kohort 2 iaitu Ustaz Mohd Efendi mulai 1 April 2010.

Saya akan mula mengambil alih semula blog ini apabila anda semua menjalani Rancangan Latihan Mengajar (RLM) nanti.

Pada masa itu nanti, anda akan menjalani Latihan Mengajar di sekolah anda bertugas sekarang ini, iaitu di seluruh negeri Kelantan dan keperluan untuk mendapatkan maklumat daripada rakan-rakan dan juga pensyarah adalah penting.

Saya berharap agar penggunaan blog ini menjadi suatu budaya di antara rakan kohot dan juga bersedia serta mahir untuk penggunaan sepenuhnya semasa RLM nanti.

Akhir kata, saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama anda semua sepanjang kuliah yang saya kendalikan.

Sekian.


* tarikh akhir laporan blog : malam ini 11.59.59 (13.3.2010)

Peringatan : Laporan Blog

Salam ,


Sila hantar laporan blog anda ke e-mel saya di nanz1184@gmail.com

Setakat jam 12.00 tengahari ini, masih ada lagi yang belum berbuat demikian.

Untuk makluman anda, tarikh akhir untuk menghantar laporan ini ialah pada 13 Mac 2010 pada atau sebelum 11.59.59 malam.

Bagi yang telah menghantar laporan tersebut, semak dalam folder "SENT' di gmail anda. Kalau ada maka bermakna ia telah dihantar kepada saya,

Sekian, harap maklum.

Thursday, March 11, 2010

Selamat bercuti

Salam,

Selamat cuti sekolah dan juga cuti semester.
kepada semua.


Solat Istisqa' di Kota Bharu.

Pengumuman:

Solat Sunat Istisqa' (Mohon Hujan) di Kota Bharu

Tarikh : 12/3/2010 (Jumaat)
Jam : 8,00 pagi
Tempat : Padang Perdana, Kota Bharu.

Mslimin dan Muslimat dijemput hadir beramai-ramai


Sumber : blog khalidsamad.com

Tuesday, March 9, 2010

Taklimat Khas

TERKINI

Dimaklumkan bahawa satu taklimat khas untuk pelajar Kohot 2 Diploma Pendidikan UUM akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 20 Mac 2010
Hari : Sabtu
Jam : 9.00 pagi
Tempat : Kompleks PURNAMA

Taklmat ini akan dikendalkanoleh pihak Persatuan Guru- Guru Agama Sekolah Bantuan Kerajaan (PGASBK)

Mohon kerjasama semua pelajar untuk menghadiri pertemuan tersebut.

Sekian, terima kasih.

(Sumber : Blog Ustaz Mohd. Efendy - http://dpyik.blogspot.com)

Saturday, March 6, 2010

Sembang Corner 9

Salam,
Jika saudara/saudari ada apa-apa yang mahu dikongsikan bersama, sila kemukakan di ruang 'Sembang Corner 9' ini.


Untuk makluman, ini adalah sembang corner terakhir sebelum blog ini ditutup pada 13 Mac 2010.



Perubahan Tarikh Mula Semester 2

Salam,

Sila ambil maklum bahawa tarikh permulaan kuliah untuk semester akan datang telah berubah kepada 2hb April 2010.

Untuk maklumat lanjut, sila layari blog Penghulu kohot 2 iaitu Ustaz Efendy.

Sekian.

Thursday, March 4, 2010

Notis Penutupan Blog 'myclassyik'

Salam,

Sila ambil perhatian bahawa blog 'myclassyik.blogspot.com' akan DITUTUP pada 13 Mac 2010 (jam 11.59.59 pm).

Mulai tarikh itu anda semua TIDAK lagi dapat mengakses blog ini.

Sekiranya anda bercadang untuk 'save' foto yang ada di blog ini, sila klik butang kanan mouse - save as - pilih desktop, mydocument dan lain-lain.

Sekian

Kemaskini Tugasan : Peringatan Terakhir

PENTING.

Salam,

Sila pastikan anda telah mengemaskini tugasan-tugasan yang sepatutnya.

1. Blog
Foto dan nama, upload buletin, rekod blog (hantar menggunakan e-mel) dan lain-lain.

2. Ms Publisher dan Ms Access
Sila poskan hardcopy (bercetak) sekiranya anda belum hantar lagi.

Untuk tugasan dan pertanyaan berkaitan tugasan, sila gunakan e-mel : nanz1184@gmail.com SAHAJA.

Lain-lain urusan anda boleh guna : nan1184@uum.edu.my

Sekian

Jadual Semester Baru Kohot 2

Salam,

Sila ambil maklum bahawa kuliah untuk semester baru ialah :

Tarikh Mula : 26 Mac 2010
Tempat : DK 6, USM Kubang Kerian
Kursus : SGDT 4013 : Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan &
SGDE 4013 : Pentaksiran Pembelajaran

(Sumber : Penyelaras Program Diploma Pendidikan)

Monday, March 1, 2010

Senario Semasa Final

Salam,

Koleksi foto semasa final.

video

Tonton Jangan Tak Tonton

Salam,

Jom kita berhibur setelah penat menghadapi exam.



Sembang Corner 8

Salam,

Sila gunakan ruang 'Sembang Corner 8' ini untuk berkongsi pertanyaan/pendapat anda.











.
Koleksi foto semasa final

Selamat Bercuti

Salam,

Selamat bercuti kepada semua pelajar DP YIK kohot 2.














Koleksi foto semasa final

Alamat Pos

Salam,

Sila gunakan alamat di bawah untuk urusan pos.

HASNAN HASSAN,
Bahagian Pendidikan,
Bangunan Sains Kognitif & Pendidikan,
CAS, Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok,
Kedah Darulaman.















Koleksi foto semasa final

Wednesday, February 24, 2010

Peperiksaan Akhir

Kepada Semua Pelajar Diploma Pendidikan (YIK kohort 2)


"Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir"

"Semoga Berjaya Dengan Cemerlang
"

Tuesday, February 23, 2010

Ruang KOMEN Telah BERFUNGSI Semula

Salam,

Ruang 'komen' dalam blog 'myclassyik' telah beroperasi semula.

Masalah teknikal ini telah boleh diatasi dan saudara/saudari dialu-alukan untuk menyertai apa jua sembang-sembang blog ini di minggu penghujung blog ini akan beroperasi.

Untuk makluman, cara untuk pos komen ini lain dari cara dahulu, pastikan anda mencuba. Bila 'security message' terpapar, sila klik "NO". Ia memakan masa (2/3 saat) untuk komen itu dipaparkan. Klik 'refresh - ikon disebelah URL.

Selamat menduduki peperiksaan akhir.

Sekian.

Saturday, February 20, 2010

Jadual Peperiksaan Akhir

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN AKHIR DIPLOMA PENDIDIKAN AMBILAN KE2

YAYASAN ISLAM KELANTAN SEMESTER PERTAMA PERTEMUAN KEDUA SESI 2009/2010

UUM KOLEJ SASTERA DAN SAINS

TEMPAT: KOTA BAHRU, KELANTAN

TARIKH

MASA

KOD

NAMA KURSUS

BIL

NAMA PENGAWAS

26 Februari 2009 (Jumaat)

9.00 – 11.30 pagi

SGDC1023

Sains Pengajaran dan Pembelajaran

210

Prof. Madya Dr. Mohd. Izam Ghazali


2.30 – 5.00 ptg.

SGDU2033

Pengurusan Bilik Darjah

210

En. Ramly Mohd. Ali

27 Februari 2009 (Sabtu)

9.00 – 11.30 pagi

SGDT3023

Teknologi Maklumat dalam Pendidikan

210

En. Hasnan Hassan


JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN AKHIR DIPLOMA PENDIDIKAN

AMBILAN PERTAMA

TARIKH

MASA

KOD

NAMA KURSUS

BIL

NAMA PENGAWAS

26 Februari 2009
(Jumaat)

9.00 – 11.30 pagi

SGDT4013

Teknologi dan Inovasi dalam Penidikan

205

En. Ghazali Hamid



Thursday, February 18, 2010

Ganguan Teknikal - blog 'myclassyik'

Salam,

Dukacitanya dimaklumkan bahawa buat masa ini anda semua tidak dapat menghantar/mengepos komen di blog 'myclassyik'. Keadaan seperti ini juga telah berlaku kepada blog rakan-rakan kita tempoh hari.

Sehingga kemudahan untuk pos komen ini pulih, anda boleh menghantar mesej (ringkas) melalui saluran 'blog chat' yang disediakan di 'myclassyik' ini.

Semoga gangguan ini bersifat sementara.

Hasnan Hassan

Al Quran di Internet

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam,

We all listen to the Quran but didn't understand the meaning because it's in Arabic language.

Below mentioned is an amazing website for the Holy Quran. Just put the mouse on any line and you will find the translation of that line or you can click the translation in the top of the page in the left corner for the entire Surah. In the left side for this website you can choose Surah (from all 114 Surah).

Moreover you can choose any Aayah, can search by the page number and also you can select the Qari whose recitation you want to listen …

I hope you will like it ...

Please circulate for public benefit. Jazak ALLAH Khair.

Thanks and best regards,

URL : http://tanzil.info/

Sembang Corner 7

Salam,

Sila berkongsi maklumat atau mengemukakan sebarang pertanyaan di ruang 'Sembang Corner 7' untuk tempoh sepanjang minggu ini.

Monday, February 15, 2010

Blog Poll

Salam,

Sila tandakan 'Blog Poll' (pendapat) anda di ruangan sebelah kanan blog 'myclassyik'








Koleksi foto dari lensa JAW